Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Luar menegaskan kepentingan untuk menggalakkan perpaduan dan memupuk keharmonian serta keamanan antara masyarakat yang terdiri daripada pelbagai agama dan kepercayaan. Foto, Wisma Putra.

Malaysia komited perangi Islamofobia, galak persefahaman antara budaya

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Malaysia terus komited memerangi Islamofobia serta semua bentuk keganasan dan kebencian berasaskan agama atau kepercayaan.

Kementerian Luar menegaskan kepentingan untuk menggalakkan perpaduan dan memupuk keharmonian serta keamanan antara masyarakat yang terdiri daripada pelbagai agama dan kepercayaan.

“Di forum-forum pelbagai hala, Malaysia secara konsisten menggalakkan persefahaman dan kerjasama antara budaya, tamadun, dan kepelbagaian agama bagi memupuk keamanan serta keharmonian antara negara.

“Sehubungan itu, Malaysia terus menggesa supaya pelantikan Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Memerangi Islamofobia disegerakan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan sempena Hari Antarabangsa Memerangi Islamophobia, hari ini.

Kementerian yang juga dikenali sebagai Wisma Putra itu berkata Malaysia terus menggesa agar pelantikan Wakil Khas PBB bagi Memerangi Islamofobia disegerakan.

Malaysia setakat ini kata Wisma Putra telah melantik Penasihat Khas bagi Pembangunan Keamanan, Pendamaian dan Memerangi Islamofobia sebagai tanda komitmen dan kesungguhan negara dalam menangani isu ini.

“Kerjasama pelbagai pihak adalah amat penting dalam membentuk masyarakat dunia yang menghormati dan meraikan kepelbagaian, serta memastikan pemahaman dan keharmonian dapat dikekalkan.

“Malaysia kekal teguh dalam usahanya menangani Islamofobia dan akan terus menggalakkan budaya toleransi dan keamanan berlandaskan kepada hak asasi manusia serta menghormati kepelbagaian agama dan kepercayaan,” kata Wisma Putra lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan