Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman memotong kek pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-65 dan Majlis Angkat Sumpah AJK Persatuan Foochow Limbang. Foto TVS.

Lebuh Raya Pesisir Utara perkukuh sektor pengangkutan, logistik

LIMBANG, 16 Mac: Projek Lebuh Raya Pesisir Utara merupakan jaringan jalan raya yang penting bagi sektor pengangkutan dan logistik di rantau ini yang menghubungkan Sarawak dengan Sabah, Brunei dan Kalimantan.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pembinaan projek yang bermula tahun ini amat strategik berhampiran dengan Brunei, Sabah dan Indonesia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu menambah rangkaian jalan raya di Limbang dan Lawas juga terus berkembang dengan pembinaan projek Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR) yang kini dalam pembinaan dan projek Lebuhraya Trans Borneo.

“Lebuhraya Pesisir Utara, SSLR dan Lebuhraya Trans Borneo rancak dilaksanakan dan diharap selepas ini mungkin dalam kajian Sarawak, Sabah, Brunei, Indonesia akan dihubungi oleh landasan kereta api pula, Trans Railway itu dalam kajian.

“Ini bermakna Sarawak tidak ketinggalan dalam pembangunan Malaysia dan juga pembangunan Asean, Sarawak mahu jadi bateri kpd Asean, seperti yang diimpikan oleh Premier Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-65 dan Majlis Angkat Sumpah AJK Persatuan Foochow Limbang pada Sabtu.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Michael Tiang.

Projek rangkaian jalan raya tersebut katanya juga akan memacu sektor ekonomi dan pelancongan di daerah itu serta akan membawa kesan besar terutamanya terhadap perdagangan rentas sempadan yang melibatkan Sarawak.

Dr Abdul Rahman berkata, projek tersebut akan membantu memacu industri pertanian dan pelancongan di rantau ini apabila siapnya kesemua projek mega terbabit yang berperanan untuk meningkatkan hubungan jalan raya dan udara.

Pada masa sama hasil pertanian dari pedalaman di rantau ini akan dapat diangkut ke pusat bandar sebelum dipasarkan untuk pasaran ke negara lain. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan