Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama warga Kem Paradise Kota Belud hari ini. Foto Bernama

Lebih RM2 bilion peruntukan untuk ATM di Sabah – Mohamed Khaled

ByBernama

KOTA BELUD, 16 Mac: Sebanyak RM2.2 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah bagi melaksanakan pelbagai projek meliputi peringkat perancangan, perolehan dan pelaksanaan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata ia termasuk penyelenggaraan, pembinaan rumah keluarga angkatan tentera (REKAT), kemudahan asas di kem sempadan, pembinaan tiga pos baharu, dan keperluan projek lain yang melibatkan tentera darat serta laut.

“Peruntukan itu, antaranya untuk Kem Paradise, Kem Lahad Datu, Kem Felda Sahabat Lahad Datu, dan Kem Lok Kawi, termasuklah membina klinik kesihatan dan klinik pergigian,” katanya kepada kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan bersama warga Kem Paradise di sini hari ini.

Turut hadir Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Medan Timur Tentera Darat Left Jen Datuk Mohd Sofi Md Lepi, dan Panglima Divisyen Kelima Infantri Mej Jen Datuk Noorrul Azril Ariffin.

Mengulas mengenai majlis itu, Mohamed Khaled berkata ia adalah untuk menyantuni warga pertahanan selain meringankan beban anggota tentera yang memerlukan, khususnya dalam mengurus kehidupan seharian.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM500 secara sekali bayar kepada 20 pesakit kronik yang terdiri daripada anggota tentera serta ahli keluarga mereka.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan