Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Dato Sri Nancy Shukri menyantuni keluarga asnaf semasa program Juh “Shopping Raya” anjuran PEKEMA di Mydin Petra Jaya di Kuching pada Ahad. Foto:TVS

Jangan tergesa-gesa jual tanah di Tanjung Embang

KUCHING, 16 Mac: Penduduk di kawasan Tanjung Embang iaitu lokasi pembinaan lapangan terbang antarabangsa Sarawak yang baharu disarankan untuk tidak tergesa-gesa menjual tanah untuk meraih keuntungan segera.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ini bagi memastikan pemilik tanah di kawasan berkenaan mendapat ganti rugi sewajarnya apabila projek pembangunan tersebut dilaksanakan kelak.

Menurutnya, penduduk di Tanjung Embang tidak perlu bertindak terus dengan menjual tanah mereka kepada pihak lain yang mungkin ingin mengambil peluang dengan nilai tanah di kawasan tersebut pada masa ini sebaliknya menunggu waktu pembangunan itu akan dijalankan.

“Ini adalah usaha yang baik oleh Kerajaan Sarawak yang nak membangunkan kawasan tersebut tapi kita tidak mahu orang mengambil peluang daripada keadaan ini dan juga orang tempatan untuk menjual tanah kerana kerajaan akan memberikan ganti rugi bila pembangunan itu diadakan.

“Saya sebagai ahli Parlimen di kawasan ini pernah memberi nasihat kepada mereka supaya bersabar jangan terus menjual kerana ada maksudnya orang nak membeli waktu pembangunan hendak diadakan bermakna ia akan memberi harga yang nilai yang lebih tinggi jadi kita perlu memikir jangan kita terus menjual,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa program Juh “Shopping Raya” anjuran PEKEMA di Mydin Petra Jaya di Kuching pada Ahad.

Sebelum ini, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan bahawa Tanjung Embang dipilih sebagai lokasi untuk pembangunan lapangan terbang antarabangsa baharu Sarawak, setelah mempertimbangkan beberapa faktor, termasuk keperluan pesawat untuk mendarat dalam ruang udara Malaysia.

Pembinaan tersebut dilihat akan dapat melonjakkan pembangunan ekonomi dan sosioekonomi dikawasan berkenaan selain berpotensi meningkatkan harga tanah di Tanjung Embang sekiranya sudah dilengkapi dengan infrastruktur dan prasarana. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan