Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof bersama komuniti setempat semasa Program Konvoi Santai Bermotosikal dan Pengagihan Bubur Asyura belia pemuda Petra Jaya, di Dewan serbaguna Kampung Semariang Batu. Foto Zaim Zharfan(TVS)

Fadillah berkonvoi agih bubur asyura kepada komuniti

ByBong Yi Sien

KUCHING, 16 Mac: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini menyertai Pogram Konvoi Santai Bernotosikal dan Pengagihan Bubur Asyura belia pemuda Petra Jaya, di Dewan Serbaguna Kampung Semariang Batu.

Sebanyak 1,000 pek bubur asyura diagihkan kepada komuniti setempat.

Menurut Pengerusi Penganjur Syed Zyed Wan Asnawi, program itu dianjurkan Pusat Khidmat Ahli Parlimen P194 Petra Jaya dengan kerjasama N6 Tupong, N7 Semariang dan N8 Satok.

Sebagai sebahagian daripada program ini, konvoi motosikal yang diketuai Datuk Seri Fadillah Yusof melibatkan 100 orang belia dari kawasan Petra Jaya.

Konvoi ini bermula di Kolej Komuniti Kuching dan berakhir di Dewan Kampung Semariang Batu.

Belia terlibat turut mengedarkan bubur asyura kepada penerima di sepanjang laluan mereka.

Inisiatif tersebut bukan sahaja bertujuan menyantuni golongan memerlukan tetapi juga sebagai usaha mengeratkan hubungan antara wakil rakyat dengan masyarakat setempat.

Sementara itu, Fadillah turut menyampaikan 50 bakul makanan kepada golongan asnaf sumbangan dari Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan