Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan 12 lagi cedera apabila letupan kuat menggegarkan kejiranan al-Raml al-Janoubi di bandar pesisir pantai Latakia, Syria, pada Sabtu Foto AFP

3 maut, 12 cedera dalam letupan kuat di Latakia, Syria

ByBernama

DAMSYIK, 16 Mac: Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan 12 lagi cedera apabila letupan kuat menggegarkan kejiranan al-Raml al-Janoubi di bandar pesisir pantai Latakia, Syria, pada Sabtu, lapor Xinhua memetik agensi berita SANA.

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan angka korban dan melaporkan kerosakan besar pada bangunan kediaman berhampiran, sambil menambah bahawa punca letupan masih belum dikenal pasti dan sedang dalam siasatan.

Pasukan kecemasan telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mencari kemungkinan lebih ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.

Sementara itu, sumber di Latakia memberitahu Xinhua bahawa sebuah bangunan di al-Raml al-Janoubi telah runtuh susulan letupan itu.

Wilayah pesisir Syria, termasuk Latakia, telah dilanda keganasan meluas sejak 6 Mac, mengorbankan sekurang-kurangnya 1,500 orang.

Menurut Kementerian Pertahanan Syria dan Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), keganasan itu tercetus susulan serangan berskala besar oleh kumpulan bersenjata yang setia kepada bekas Presiden Bashar al-Assad terhadap pasukan keselamatan di Wilayah Latakia, sebelum merebak menjadi pertempuran sektarian yang menyasarkan bandar serta kampung majoriti Alawit. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan