Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menurut laporan UKAS, majlis disempurnakan Menterinya, Dato Sri Julaihi Narawi, bersama kepimpinan tertinggi kementerian serta wakil industri.

Warga MUT berbuka puasa, erat silaturahim

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 15 Mac: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di salah sebuah hotel terkemuka di sini pada Jumaat.

Menurut laporan UKAS, majlis disempurnakan Menterinya, Dato Sri Julaihi Narawi, bersama kepimpinan tertinggi kementerian serta wakil industri.

Turut hadir Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta Setiausaha Tetap MUT Datu Jafri Lias bersama tetamu kenamaan lain.

Majlis dimulakan dengan sesi Tazkirah Ramadan, diikuti dengan berbuka puasa dan solat fardu Maghrib secara berjemaah.

Para tetamu kemudian menikmati jamuan berbuka sebelum menunaikan solat fardu Isyak dan Tarawih secara berjemaah.

Terdahulu pada sebelah petang, Dato Sri Julaihi telah mempengerusikan satu mesyuarat penting bagi membincangkan status terkini loji pembotolan LPG serta isu-isu berkaitan.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh pemimpin utama industri termasuk Naib Presiden Kanan Pembangunan Modal Insan, Hubungan Korporat dan Perkhidmatan PETROS Ismail Said, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PETROSNiaga Charles Balang, CEO Senari Synergy Dato Jefri Ahmad Tambi serta wakil-wakil dari jabatan dan agensi yang terlibat.

Majlis berbuka puasa ini bukan sahaja menjadi platform memperkukuh silaturahim antara kementerian dan pihak industri, tetapi juga kesempatan untuk membincangkan isu-isu strategik dalam sektor utiliti dan tenaga di Sarawak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan