Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
UNRWA mengumumkan ia membuka 130 pusat pendidikan sementara di Gaza, membolehkan pembelajaran langsung untuk kira-kira 47,000 kanak-kanak di seluruh semenanjung itu. Foto fail AFP

UNRWA buka 130 pusat pendidikan sementara di Gaza

ByBernama

RAMALLAH, 15 Mac: Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) mengumumkan ia membuka 130 pusat pendidikan sementara di Gaza, membolehkan pembelajaran langsung untuk kira-kira 47,000 kanak-kanak di seluruh semenanjung itu, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Kenyataan ini dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya UNRWA Philippe Lazzarini dan dimuatkan di akaun X beliau pada Sabtu sambil menekankan peranan agensi itu dalam menyediakan perkhidmatan pembelajaran langsung kepada kanak-kanak di Gaza, yang menghadapi pembunuhan dan kehilangan tempat tinggal selama hampir 16 bulan akibat serangan genosid Israel.

Lazzarini menegaskan bahawa UNRWA kekal sebagai penyedia terbesar perkhidmatan pembelajaran kecemasan dan sokongan psikososial di Gaza.

Beliau menegaskan bahawa “pendidikan memulihkan sedikit harapan kepada kanak-kanak Gaza, membantu mereka pulih,” sambil menyatakan peranannya dalam mengatasi “trauma yang tidak terkata yang dialami oleh kanak-kanak.”

Bagaimanapun, beliau berkata: “Kita masih lagi jauh dalam menggalakkan lebih ramai kanak-kanak untuk belajar.”

Pemimpin PBB itu seterusnya berkata, “Cabaran di Gaza sangat besar, dan tiada masa untuk dibazirkan. Matlamat kami adalah untuk mengelakkan pupusnya generasi kanak-kanak Palestin.” -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan