Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Usahawan jutawan Amerika Syarikat Elon Musk, yang memiliki Tesla dan SpaceX, mengumumkan pada Sabtu bahawa kapal angkasa Starship yang membawa robot humanoid Tesla Optimus akan ke Marikh pada akhir 2026. Foto fail AFP

Starship bawa robot akan ke Marikh pada akhir 2026 – Musk

ByBernama

MOSCOW, 15 Mac: Usahawan jutawan Amerika Syarikat Elon Musk, yang memiliki Tesla dan SpaceX, mengumumkan pada Sabtu bahawa kapal angkasa Starship yang membawa robot humanoid Tesla Optimus akan ke Marikh pada akhir 2026, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Starship berlepas ke Marikh pada akhir tahun depan, membawa Optimus. Jika pendaratan itu berjalan lancar, maka pendaratan manusia mungkin bermula seawal 2029, walaupun kemungkinan lebih besar adalah pada 2031,” kata Musk menerusi catatan di X.

Pada Disember 2024, Musk mendakwa kapal angkasa Starship tanpa pemandu boleh mendarat di Marikh dalam masa dua tahun, manakala misi Starship dikendalikan manusia mampu ke planet itu dalam tempoh empat tahun akan datang.

Pada September, Musk berkata manusia mesti menguasai penerbangan antara planet, jika tidak, ia boleh hilang pada masa hadapan akibat pengembangan Matahari atau perlanggaran Bumi dengan asteroid.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan