Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. Foto TVS

Semak semula kadar bayaran perkhidmatan doktor

KUCHING, 15 Mac: Kadar bayaran perkhidmatan doktor perlu disemak semual bagi mengelak doktor muda berhijrah ke luar negara.

Memetik laporan Suara Sarawak, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, pada masa ini kadar bayaran pengamal perubatan am (GP) tidak berubah selama 30 tahun menyebabkan ramai doktor muda memilih untuk berhijrah demi pendapatan lebih tinggi.

“Jika mereka tidak dibayar dengan baik, mereka pasti akan berhijrah.

“Akhirnya, kita akan kehilangan tenaga kerja yang berharga,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Kanak-Kanak di Majlis Perbandaran Padawan.

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyokong cadangan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) untuk menaikkan caj konsultasi GP kepada RM60.

Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk menyemak semula kadar bayaran doktor, memandangkan peningkatan kos perubatan bukan disebabkan oleh bayaran perkhidmatan doktor tetapi faktor lain.

“Kenaikan kos perubatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini tidak berpunca daripada bayaran doktor. Kadar bayaran ini dikawal oleh undang-undang dan tidak boleh dinaikkan sesuka hati,” ujarnya.

Presiden MMA, Dr Kalwinder Singh Khaira dalam kenyataannya sebelum ini menyambut baik kajian semula kadar bayaran di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (PHFSA 1998).

Beliau berpendapat kenaikan kepada minimum RM60 adalah jumlah yang wajar dan adil dan mencadangkan pelarasan berkala sebanyak 10 peratus setiap tiga tahun untuk memastikan kadar bayaran tersebut selaras dengan inflasi.

Kalwinder juga menekankan GP swasta telah lama berdepan dengan kos operasi tinggi termasuk sewa premis dan gaji kakitangan yang menyebabkan banyak klinik terpaksa ditutup.

“Kami berharap jumlah yang akan diumumkan oleh kerajaan nanti adil kepada GP dan mempertimbangkan faktor kos sara hidup dan pandangan masyarakat,” jelas Dr Kalwinder.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan