Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Selangor sedang mempertimbangkan sukan elektronik (e-sukan) sebagai satu daripada acara tambahan pada temasya Sukan Para Malaysia (Para SUKMA) tahun depan. Foto hiasan Envato

Selangor pertimbang e-sukan dalam Para SUKMA 2026

ByBernama

SHAH ALAM, 15 Mac: Selangor sedang mempertimbangkan sukan elektronik (e-sukan) sebagai satu daripada acara tambahan pada temasya Sukan Para Malaysia (Para SUKMA) tahun depan.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi berkata cadangan itu masih dalam proses perbincangan bersama negeri-negeri lain bagi melihat kebolehlaksanaannya.

“Setakat ini, ada cadangan (berhubung e-sukan) diterima (dari negeri lain) bagi sukan tambahan dan e-sukan belum pernah dipertandingkan dalam Para SUKMA.

“Memang ada perancangan mencari bakat sekiranya ada keputusan untuk libatkan e-sukan dalam Para SUKMA,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bazar raya ‘Raya Dulu dan Kini’ Pusat Beli-belah Central i-City di sini hari ini.

Mohd Najwan berkata sebanyak 10 sukan teras akan dipertandingkan di Para SUKMA 2026 antaranya boccia, badminton, memanah dan akuatik.

Temasya Para SUKMA sebelum ini pernah dikenali sebagai Sukan Orang Cacat Malaysia (1982-1996) dan Sukan Paralimpiad Malaysia (1998-2016).

Sementara itu, Mohd Najwan berkata inisiatif pusat beli-belah Central i-City menganjurkan karnival bazar raya sempena Aidilfitri tahun ini, bermula 8 Mac hingga 13 April, dijangka merancakkan ekonomi tempatan selain menyokong ekosistem perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Beliau berkata bazar raya melibatkan lebih 70 usahawan tempatan itu menjadi platform menarik pelanggan sekali gus mampu mengembangkan perniagaan dan produk masing-masing.

Pengurus Pemasaran Central i-City Alfred Chua berkata pihaknya turut menyumbang baucar serta bakul makanan kepada 20 keluarga kurang berkemampuan serta ibu tunggal di sekitar Shah Alam, dan ia merupakan tanggungjawab sosial korporat serta memperkukuh semangat menghulur bantuan kepada golongan memerlukan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan