Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Peluncuran Wakaf Majlis Amanah Rakyat (MARA) sempena Sambutan Hari MARA ke-59 di sini, hari ini. Foto Afiq Johari (TVS)

PM, TPM sumbang RM1,000 kepada Inisiatif Wakaf MARA

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Wakaf Majlis Amanah Rakyat (MARA), yang bertujuan membantu masyarakat Melayu, dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, beliau dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bersetuju memberi sumbangan peribadi berjumlah RM1,000 setiap seorang sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif itu.

Dalam ucapannya pada majlis tersebut, Anwar berkata bahawa institusi wakaf adalah sebahagian daripada warisan umat Islam yang bertujuan membina kekuatan dari akar umbi dan rakyat.

“Saya dan TPM Zahid setuju untuk wakaf RM1,000. Ini tidak bermakna kita akan mengurangkan peruntukan kerajaan untuk tujuan tersebut.

“Ini ikrar saya dan Zahid. Kami tidak akan mengurangkannya,” katanya pada Majlis Peluncuran Wakaf Majlis Amanah Rakyat (MARA) sempena Sambutan Hari MARA ke-59 di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Anwar turut menyeru agar hadirin menghulurkan sumbangan sekurang-kurangnya RM10 untuk menyokong pertumbuhan MARA dan memastikan sumbangan itu dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini.

“Wakaf MARA ini merupakan suatu peluang dan saluran untuk lebih dua juta alumni MARA menyumbang semula. Jadi, yang di sini, tak perlu keluar dewan jika tidak sumbang minimum RM10,” selorohnya.

Menurut MARA, inisiatif itu ditubuhkan untuk menjadi pemangkin dalam mewujudkan masyarakat Bumiputera dengan kesejahteraan sosioekonomi melalui instrumen wakaf secara lestari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan