Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Senat Amerika Syarikat meluluskan pelantikan pelabur bilionair Stephen Feinberg sebagai timbalan setiausaha pertahanan. Foto fail AFP

Pentagon sahkan pelantikan Feinberg sebagai timbalan setiausaha pertahanan AS

ByBernama

WASHINGTON, 15 Mac: Senat Amerika Syarikat meluluskan pelantikan pelabur bilionair Stephen Feinberg sebagai timbalan setiausaha pertahanan, menurut kenyataan Pentagon yang dipetik oleh Sputnik/RIA Novosti.

“Tahniah kepada Stephen Feinberg, Timbalan Setiausaha Pertahanan yang baharu! Pelantikannya amat bertepatan dan beliau adalah individu yang tepat untuk jawatan ini—taruhannya sangat tinggi. Mari kita mula bekerja!” kata Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth di platform X.

Feinberg sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai pengerusi Lembaga Pemantauan Perisikan dalam pentadbiran Donald Trump dari 2018 hingga 2021.

Senat meluluskan pelantikannya dengan undian 59-40 pada Jumaat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan