Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun ditahan dalam satu operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri semalam. Foto hiasan Envato

Pengedar dadah dicekup di Miri

BySuara Sarawak

MIRI, 15 Mac: Seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun ditahan dalam satu operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Anak Chabu, menyatakan bahawa suspek dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dan ditangkap sekitar jam 11.30 pagi di kawasan perumahan Taman Permai, Jalan Dato Permaisuri, Bandar Baru Permyjaya, Miri.

“Semasa pemeriksaan di tempat kejadian, pasukan serbuan telah menjumpai dan merampas barang disyaki dadah jenis Methamphetamine.

“Berat keseluruhan adalah 5.92 gram dengan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM652,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun serta sebatan tidak kurang daripada tiga kali dan tidak lebih daripada sembilan kali.

Suspek telah dibawa ke Mahkamah Miri untuk permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut.

Pihak polis juga menasihatkan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah supaya melaporkannya ke balai polis terdekat bagi membanteras jenayah ini secara bersama. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan