Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lando Norris meraih petak utama bagi perlumbaan pembukaan musim Grand Prix Australia selepas menewaskan rakan sepasukan McLaren, Oscar Piastri. Foto AFP

Norris raih petak permulaan pertama musim ini di Grand Prix Australia

ByBernama

MELBOURNE, 15 Mac: Lando Norris meraih petak utama bagi perlumbaan pembukaan musim Grand Prix Australia selepas menewaskan rakan sepasukan McLaren, Oscar Piastri, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Norris mengatasi cabaran Piastri dengan kelebihan hanya 0.084 saat, sekali gus menyaksikan McLaren mendominasi barisan hadapan di Melbourne.

Juara dunia Max Verstappen sekadar menamatkan sesi kelayakan di tempat ketiga, manakala George Russell dari Mercedes di kedudukan keempat. Yuki Tsunoda dari RB mencipta kejutan dengan meraih tempat kelima, diikuti Alex Albon dari Williams di tangga keenam.

Ferrari mengalami sesi yang mengecewakan apabila Charles Leclerc hanya mampu menduduki tempat ketujuh, satu kedudukan di hadapan rakan sepasukannya, Lewis Hamilton, yang akan memulakan perlumbaan dari posisi kelapan dalam penampilan sulungnya bersama Ferrari. Hamilton ketinggalan 0.877 saat di belakang Norris.

Selepas menjuarai kejuaraan pengeluar musim lepas dan mencatat ujian pramusim yang cemerlang di Bahrain bulan lalu, McLaren telah dianggap sebagai pasukan yang perlu ditewaskan oleh pesaing mereka. Ramalan itu terbukti apabila pasukan Britain itu tampil dengan prestasi meyakinkan.

Norris pada awalnya kehilangan catatan masa di suku ketiga sesi kelayakan kerana melebihi had trek, manakala Piastri hanya di tempat keempat selepas melakukan kesilapan di selekoh terakhir.

Kesilapan awal oleh kedua-dua pemandu McLaren memberikan kelebihan kepada Verstappen, namun Piastri bangkit untuk merampas kedudukan sementara di tempat teratas, disambut sorakan penonton tuan rumah, sebelum Norris menewaskannya untuk meraih petak utama.

“Permulaan musim yang baik,” kata Norris menerusi radio pasukan. “Kerja yang menakjubkan sepanjang musim sejuk, mari kita teruskan prestasi ini.” -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan