Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak merangkap ADUN Marudi Datuk Dr Penguang Manggil beramah mesra dengan pemimpin masyarakat di Dewan Masyarakat Beluru hari ini. Foto Mohammad Gustie (TVS)

Mahu bantu rakyat bukan untuk kepentingan peribadi

BySalasiah Safian

MIRI, 15 Mac: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Dr Penguang Manggil dengan tegas menyatakan tugas wakil rakyat yang disandangnya bukan untuk kepentingan peribadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi itu juga berkata, beliau tidak pernah sekalipun memberikan tender projek kepada syarikat miliknya atau keluarga seperti yang diperkatakan di media sosial.

“Saya boleh bersumpah bahawa saya tidak memiliki mana-mana syarikat. Saya tidak memilih siapa sahaja pihak yang melaksanakan projek. Kita hanya mahu ia dapat dilaksanakan dengan baik. Jadi, saya tidak peduli mungkin ada pihak yang menyebut perkara ini, minta siasatan dijalankan untuk mencari nama saya dan anak-anak saya yang kononnya memiliki syarikat sendiri.

“Jika ada, boleh beritahu saya. Kalau ada dalam kalangan adik-beradik saya yang melakukan perkara seperti ini, saya juga akan menolak. Jangan pernah cuba menggunakan nama saya. Tujuan saya menjadi wakil rakyat bukan untuk menjadi kaya, tetapi kerana mahu membantu rakyat. Itu sahaja tujuan saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat kepada Ahli Majlis, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Kawasan DUN Marudi di Dewan Masyarakat Beluru, di sini hari ini.

Mengenai dakwaan tidak pernah turun padang menjenguk jalan balak di kawasannya dan hanya menggunakan helikopter, Penguang berkata, kelebihan itu bersebab dan tidak pernah disalahgunakan.

“Saya menggunakan helikopter ini ada sebabnya. Sebelum ini saya tidak pernah menggunakan helikopter. Oleh kerana saya mahu menjimatkan masa, sebab itulah saya menggunakan helikopter kerana jika saya menggunakan jalan darat saya tidak dapat menuju ke setiap kawasan.

“Jadi, sebelum ini saya tidak pernah menggunakan helikopter kecuali jika ia amat diperlukan,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan