Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai lima orang disahkan maut manakala sekurang-kurangnya 27 lagi cedera selepas kren pembinaan bagi projek lebuh raya runtuh di daerah Chom Thong, Bangkok. Foto Drone Penyelamat dan Balai Bomba Dao Khanong

Lima maut, 27 cedera kren runtuh di lebuhraya di Bangkok

ByBernama

BANGKOK, 15 Mac: Seramai lima orang disahkan maut manakala sekurang-kurangnya 27 lagi cedera selepas kren pembinaan bagi projek lebuh raya runtuh di daerah Chom Thong, Bangkok awal pagi Sabtu.

Pasukan bomba dan penyelamat bersama anggota Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Pentadbiran Metropolitan Bangkok serta Yayasan Poh Teck Tung segera dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa, termasuk beberapa orang yang terperangkap di atas kren.

Menurut pihak berkuasa Thailand, insiden berlaku berhampiran pintu masuk Lebuhraya Ekspres Dao Khanong, menyebabkan rasuk konkrit yang sedang dalam pembinaan jatuh dan menghempap sebahagian struktur lebuh raya serta beberapa pekerja.

“Sekurang-kurangnya lima lelaki maut dalam kejadian yang berlaku sekitar 1.40 pagi (waktu tempatan).

Runtuhan itu berlaku kira-kira 200 meter dari pintu masuk lebuh raya apabila rasuk konkrit jatuh ke atas struktur lebuh raya sedia ada,” menurut pihak berkuasa pada Sabtu.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian, sementara Pihak Berkuasa Lebuhraya Ekspres Thailand (EXAT) melakukan penilaian terhadap tahap kerosakan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan