Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KPDN) Cawangan Batu Pahat telah menyita sebanyak 16,500 liter minyak diesel disyaki tanpa dokumen yang sah di sebuah syarikat di Parit Yaani, di Batu Pahat semalam. Foto media sosial

KPDN sita 16,500 liter diesel tanpa dokumen sah

ByBernama

BATU PAHAT, 15 Mac:  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Batu Pahat telah menyita sebanyak 16,500 liter minyak diesel disyaki tanpa dokumen yang sah di sebuah syarikat di Parit Yaani, di sini semalam.

Pengarahnya Lilis Saslinda Pornomo dalam kenyataan berkata ketika pemeriksaan dilakukan terhadap syarikat berkenaan menerusi Op Pantau 2025, mereka didapati telah gagal mengemukakan sebarang dokumen sah seperti lesen serta dokumen bagi memiliki dan menyimpan minyak diesel.

Beliau berkata siasatan lanjut mendapati syarikat tersebut juga tidak memperbaharui permit menyimpan minyak diesel yang telah tamat tempoh sejak empat tahun lepas dan turut disyaki mempunyai unsur pemalsuan dokumentasi.

“Semasa pemeriksaan yang dilakukan pada pukul 2 petang itu pihak KPDN telah menemukan minyak diesel dengan anggaran 16,500 liter yang disimpan di dalam tiga tangki penyimpanan untuk kegunaan mesin jentera berat.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggar mencecah RM50,000 dan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an yang dipercayai pengarah syarikat dipanggil untuk membantu siasatan. Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan