Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Naik Taraf Spaoh Spur Road, Betong di sini, hari ini. Foto Izzah Kamilah

Kontraktor wajib mulakan kerja dalam 30 hari

ByIzzah Kamilah Yunus

SPAOH, 15 Mac: Kontraktor di Sarawak kini diwajibkan memulakan kerja dalam tempoh 30 hari selepas tapak projek diserahkan atau berdepan penamatan kontrak serta-merta.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, dasar baharu yang dikenali sebagai komitmen satu bulan itu bertujuan mengelak kelewatan projek dan memastikan setiap pembangunan berjalan mengikut jadual.

“Kami telah berbincang bahawa tempoh 100 hari itu terlalu lama. Jadi, kita berusaha mengurangkannya kepada 30 hari.

“Jika dalam tempoh itu projek tidak menunjukkan kemajuan, Jabatan Kerja Raya (JKR) boleh terus mengambil tindakan untuk menamatkan kontrak,” katanya selepas merasmikan majlis pecah tanah Projek Naik Taraf Spaoh Spur Road, Betong di sini, hari ini .

Uggah menjelaskan, langkah tersebut bukan untuk menyusahkan kontraktor tetapi bagi memastikan setiap projek yang diluluskan kerajaan siap mengikut jadual demi manfaat rakyat.

Tambahnya, setiap projek yang diluluskan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg haruslah disiapkan mengikut jadual.

“Jika kita tamatkan kontrak lebih awal, ia sebenarnya menjimatkan banyak masa. Ini penting kerana rakyat menantikan projek yang dijanjikan siap tepat pada waktunya,” ujarnya.

Menurutnya, sejak mengambil alih portfolio tersebut, bilangan projek sakit berjaya dikurangkan secara drastik daripada lebih 100 projek sakit di bawah Kerajaan Sarawak kepada hanya dua projek yang masih dalam proses pemulihan

Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek, Kerajaan Sarawak juga sedang menambah 364 pegawai baharu dalam JKR menjelang April ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 414 pegawai baharu yang direkrut bagi memperkukuh pemantauan projek di lapangan.

Uggah berkata, JKR perlu meningkatkan keupayaan mereka dalam melaksanakan projek dengan cekap terutama dalam pembinaan jalan raya, jambatan dan infrastruktur lain yang memberi manfaat langsung kepada rakyat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan