Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mark Carney (K), mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri oleh Setiausaha Majlis Privy, John Hannaford di Rideau Hall pada 14 Mac 2025 di Ottawa, Kanada.

Ketua Parti Liberal Mark Carney angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-24 Kanada

ByBernama

HAMILTON (Kanada), 14 Mac : Ketua Parti Liberal yang baru dipilih, Mark Carney mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada ke-24 pada Jumaat dalam satu upacara rasmi di Rideau Hall, Ottawa, lapor Anadolu Ajansi (AA) .

“Kami adalah kerajaan yang sangat fokus, berorientasikan tindakan,” kata Carney kepada pemberita di luar Rideau Hall sebelum upacara angkat sumpah.

Beliau juga berkongsi di platform X: “Hari ini, kami membentuk kerajaan yang sesuai dengan keadaan semasa. Rakyat Kanada mengharapkan tindakan – dan itulah yang akan pasukan ini sampaikan.”

“Kabinet yang lebih kecil dan berpengalaman untuk bergerak lebih pantas, menjamin ekonomi kita, dan melindungi masa depan Kanada,” katanya.

Perdana Menteri sebelum ini, Justin Trudeau, secara rasmi meletak jawatan pada Jumaat, membubarkan Kabinetnya yang terdiri daripada 37 anggota.

Carney adalah bekas Gabenor Bank of Canada dan Bank of England. Beliau juga pernah bekerja di Goldman Sachs dan memainkan peranan penting dalam mengemudi Kanada melalui krisis kewangan 2008. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan