Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
"Juh Berambeh Sungkei", acara berbuka puasa beramai-ramai yang diadakan di Padang Merdeka di sini hari ini, menarik penyertaan ramai daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama. Foto TVS

“Juh Berambeh Sungkei” di Kuching eratkan hubungan, kukuhkan perpaduan

KUCHING, 15 Mac: “Juh Berambeh Sungkei”, acara berbuka puasa beramai-ramai yang diadakan di Padang Merdeka di sini hari ini, menarik penyertaan ramai daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kehadiran pelbagai lapisan masyarakat dalam acara itu menunjukkan komitmen bersama untuk mengukuhkan hubungan antara kaum.

“Penganjuran acara ini bukan sahaja bertujuan menyemarakkan bulan Ramadan, tetapi juga berperanan sebagai platform untuk menyatupadukan rakyat Sarawak,” katanya ketika ditemui pada program itu.

Sementara itu, orang ramai yang menghadiri acara berkenaan teruja membentang tikar untuk berbuka puasa bersama-sama masyarakat berbilang agama secara santai dalam suasana penuh kebersamaan.

Melvin Mclair, 23, yang berbangsa Bidayuh berkata tahun ini kali kedua dia menyertai berbuka puasa di padang berkenaan.

“Program ini sangat bagus dianjurkan setiap tahun, ia menonjolkan keharmonian bersama … yang Muslim dan bukan Muslim berbuka bersama-sama dan berkongsi juadah,” katanya kepada pemberita di sini.

Naomi Ruran Saban, 20, daripada etnik Orang Ulu pula menyarankan agar program itu diperluas di setiap bahagian di Sarawak.

“Saya sangat teruja kerana kali pertama menyertai acara seperti ini. Semoga program ini dapat dianjurkan setiap tahun kerana ia mampu menyemai semangat perpaduan dan keharmonian antara rakyat,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan