Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awang Tengah menyantuni anak-anak yatim dan kurang upaya pada majlis penyerahan sumbangan Hari Raya Aidilfitri. Foto TVS

Jangan kasar, berkhidmat dengan penuh dedikasi

LAWAS, 15 Mac: Penjawat awam perlu sentiasa memiliki sikap dan kesungguhan tinggi untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan penuh amanah.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sikap kasar tidak seharusnya wujud dalam persekitaran masyarakat pelbagai kaum yang memerlukan bantuan kerajaan.

“Kadang-kadang ada juga berlaku, insiden bersikap kasar dan menganggap mereka tidak layak, belum apa-apa lagi dah dikata macam itu, kita adalah dipertanggungjawabkan dan diamanahkan untuk melaksanakan dasar-dasar dan inisiatif-inisiatif kerajaan.

“Jika kita berkelakuan begitu, apa jadi dan apa yang kita buat tidak akan sampai kepada sasaran,” katanya pada pada Majlis Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada orang kurang upaya, anak-anak yatim dan ibu tunggal anjuran PERKIM Cawangan Lawas pada Sabtu.

Bagaimanapun insiden seumpama itu menurut Awang Tengah hanya melibatkan segelintir kecil individu shaja.

Namun jelasnya tindakan mereka itu boleh menjejaskan dan memberikan implikasi buruk terhadap nama baik kerajaan.

Sehubungan itu, beliau mahu setiap penjawat awam melakasanakan tanggungjawab dengan penuh didikasi dan mempunyai pemikiran untuk berkhidmat dan membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan