Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Majlis Iftar Harmoni yang diadakan di seluruh negara. Foto KPN

Iftar harmoni berlangsung di 118 lokasi seluruh negara

ByRadzi Ahmad

SIBU, 15 Mac: Kementerian Perpaduan Negara menerusi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) menganjurkan Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan dan Majlis Iftar Harmoni di 118 lokasi seluruh negara sepanjang Ramadan.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, program tersebut penting dalam mengeratkan semangat muhibah dalam komuniti setempat terutamanya di Kawasan Rukun Tetangga.

“Perpaduan negara adalah asas kepada kestabilan dan kemakmuran negara kita.

“Ramadan memberikan peluang kepada kita untuk menunjukkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati, membantu sesama insan, dan memberi tanpa mengharapkan balasan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Aaron, inisiatif tersebut bukan sekadar aktiviti tahunan tetapi satu platform penting bagi rakyat pelbagai kaum untuk saling mengenali dan mengeratkan hubungan.

“Dengan semangat kasih sayang, hormat-menghormati, dan tolong-menolong, kita dapat membina masyarakat yang lebih baik dan negara yang lebih maju,” ujarnya.

Majlis Iftar Harmoni tersebut terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan dijangka menjadi medan integrasi yang dapat mengukuhkan hubungan antara rakyat Malaysia berbilang bangsa, agama dan budaya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan