Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto Jabatan Bekalan Air Luar Bandar

Gangguan air di Simunjan hari ini

ByAsmah Adenan

SIMUNJAN, 15 Mac: Beberapa kawasan di Simunjan bakal mengalami gangguan bekalan air bermula 2.00 petang hingga 10 malam ini.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) menerusi satu notis memaklumkan gangguan mungkin berlaku bagi memberi ruang kepada kerja baik pulih paip 160 milimeter (mm) HDPE yang bocor.

Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Tabuan, Kampung Sageng Sabal, Kampung Sageng Hulu, Kampung Sageng Hilir dan Kampung Sageng Tengah.

Sehubungan itu, JBALB menasihatkan pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya untuk keperluan sepanjang tempoh gangguan tersebut.

“Pihak kami akan memastikan gangguan bekalan air dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dan bekalan air akan kembali pulih secara berperingkat di kawasan yang terjejas.

“Segala kesulitan yang timbul akibat gangguan ini adalah sangat dikesali,” menurut kenyataan JBALB. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan