Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dan SpaceX melancarkan misi baharu membabitkan penyertaan angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Foto NASA's Kennedy Space Center (FB)

Amerika Syarikat lancar misi ke ISS, bawa pulang dua angkasawan

ByBernama

LOS ANGELES, 15 Mac: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dan SpaceX melancarkan misi baharu membabitkan penyertaan angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Jumaat, langkah penting bagi membawa pulang dua angkasawan NASA, Suni Williams dan Butch Wilmore yang terperangkap di angkasa sejak Jun lalu, lapor Xinhua.

Kapal angkasa itu berlepas menggunakan roket SpaceX Falcon 9 dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida pada 7.03 malam waktu Timur, menurut siaran langsung NASA.

Kira-kira dua setengah minit kemudian, SpaceX mengesahkan pemisahan peringkat pertama Falcon 9.

Bahagian itu kemudian mendarat di Zon Pendaratan 1, berhampiran tapak pelancaran.

Kapal angkasa kini dalam perjalanan ke ISS dan dijangka mengambil masa sekitar 28.5 jam untuk berlabuh secara automatik di stesen angkasa, yang dijadualkan pada 11.30 malam Sabtu waktu Timur, menurut NASA.

Misi baharu yang diberi nama kod “Crew-10” membawa angkasawan NASA, Anne McClain dan Nichole Ayers, angkasawan Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA), Takuya Onishi, serta angkasawan Roscosmos, Kirill Peskov ke ISS.

Selepas ketibaan Crew-10 di makmal orbit itu, misi Crew-9 yang terdiri daripada angkasawan NASA Nick Hague, Suni Williams, Butch Wilmore, serta angkasawan Roscosmos, Aleksandr Gorbunov akan kembali ke Bumi.

Williams dan Wilmore sebelum ini terkandas di angkasa sejak Jun tahun lalu akibat masalah teknikal pesawat Starliner milik Boeing.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan