Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar bersama tetamu kehormat pada Majlis Berbuka Puasa dan Solat Sunat Tarawih anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak, di sini, hari ini. Foto TVS

Abang Johari hadir berbuka puasa bersama warga PDRM Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 15 Mac: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Solat Sunat Tarawih anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak.

Majlis tersebut berlangsung di Masjid Al-Mujahiddin, Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya, di sini.

Beliau tiba di perkarangan masjid kira-kira jam 6.20 petang dan sejurus tiba beliau turut berkesempatan melakukan tinjauan di sekitar kompleks perumahan polis berkenaan.

Selepas itu, Abang Johari mengikuti sesi fotografi bersama-sama tetamu kehormat yang lain sebelum berbuka puasa.

Selepas berbuka puasa, beliau dan tetamu kehormat menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat terawih bersama-sama jemaah lain.

Pada majlis itu, Abang Johari turut menerima cenderamata daripada PDRM Sarawak atas kesudian beliau datang ke majlis tersebut.

Turut hadir Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman serta Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan