Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada salah seorang penerima dalam Majlis Iftar Perdana 2025 "PETRONAS Memacu Kehidupan" di Masjid Al-Muflihin, Sebuyau. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

250 penduduk Sebuyau terima bakul makanan sempena Aidilfitri

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

SEBUYAU, 15 Mac: Seramai 250 penerima di Daerah Sebuyau bakal menerima sumbangan bakul makanan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri menerusi inisiatif Yayasan PETRONAS dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata, inisiatif ini diharapkan dapat membawa keceriaan dan membantu penerima dalam persiapan menyambut Hari Raya.

“Saya amat berterima kasih kerana PETRONAS telah memilih Daerah Sebuyau untuk berbuka puasa bersama komuniti dan menyumbang bantuan bakul makanan kepada penerima yang dikenal pasti dengan kerjasama JKM.

“Inisiatif ini diharap dapat membawa keceriaan kepada penerima sumbangan ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Perdana 2025 “PETRONAS Memacu Kehidupan” di Masjid Al-Muflihin, Sebuyau, Sabtu.

Beliau turut menyatakan sokongan terhadap program impak sosial yang dilaksanakan oleh Yayasan PETRONAS, seperti “Program Back to School” yang memberi manfaat kepada lebih 700 pelajar di seluruh Sarawak serta Program Bantuan Bencana Banjir untuk membantu mangsa banjir di negeri ini.

“Kerajaan Sarawak dan agensi-agensi kerajaan sentiasa mengalu-alukan kerjasama dalam menganjurkan program yang dapat memberi manfaat kepada komuniti. Melalui kerjasama seperti ini, kita dapat membantu komuniti setempat yang seterusnya membina masyarakat yang harmoni dan bersatu padu,” ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Besar PETRONAS Sarawak, Norazibah M Rabu berkata, PETRONAS menerusi Yayasan PETRONAS giat menjalankan program menyantuni masyarakat sempena Ramadan termasuk pengagihan sumbangan kepada 450 keluarga di Sarawak.

“Dalam bulan Ramadan ini, PETRONAS giat menjalankan aktiviti menyantuni masyarakat dan komuniti di sekitar Sarawak termasuk di Sadong Jaya, Kuching, Bintulu, Miri dan Lawas,” jelasnya.

Menurutnya, program Memacu Kehidupan Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja bertujuan merapatkan hubungan dengan komuniti tetapi juga membawa keceriaan kepada mereka yang memerlukan.

“Harapan kami di Yayasan PETRONAS adalah agar sumbangan kuih perayaan dan makanan asas ini mampu membawa keceriaan di musim perayaan ini,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada JKM serta pegawai daerah yang memberi kerjasama dalam menjayakan program berkenaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan