Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam bilik sebuah hotel di sini pada Khamis, selepas dilaporkan hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi pada Selasa lepas. Foto hiasan Envato

Warga emas hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi ditemukan maut

ByBernama

IPOH, 14 Mac: Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam bilik sebuah hotel di sini pada Khamis, selepas dilaporkan hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat R. Thinakaran, 62, kira-kira 4.20 petang semalam.

“Pegawai perubatan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh telah hadir ke tempat kejadian untuk mengesahkan kematian dan pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati si mati dalam keadaan terlantar di atas katil dan tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh si mati.

“Susulan itu, mayat dihantar ke Unit Forensik HRPB untuk dibedah siasat pada 14 Mac bagi mendapatkan punca kematian,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata kes disiasat di bawah laporan mati mengejut (SDR) dan tiada sebarang unsur-unsur perbuatan jenayah dan foul play.

Abang Zainal Abidin berkata pada 4.49 petang, 11 Mac lepas pihaknya menerima maklumat seorang lelaki warga tempatan tidak pulang-pulang selepas keluar dari rumahnya di Taman Pulai Height, Kampung Kepayang dengan menaiki kereta jenis Honda Accord berwarna kelabu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan