Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Abdullah Saidol pada Majlis UKAS Bersama Komuniti Semarak Ramadan 2025 di Kampung Awat-Awat, Lawas hari ini. Foto UKAS

UKAS perkukuh hubungan kerajaan dengan masyarakat

LAWAS, 14 Mac: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) bukan sahaja berperanan menyampaikan maklumat kepada rakyat tetapi juga sebagai penghubung antara kerajaan dan masyarakat, khususnya dalam mengenal pasti keperluan serta kehendak penduduk.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata peranan UKAS semakin meluas dalam menyalurkan informasi yang sahih mengenai dasar-dasar kerajaan Sarawak, terutamanya kepada masyarakat luar bandar yang memerlukan maklumat tepat berkaitan pembangunan, bantuan, pendidikan serta inisiatif kebajikan yang disediakan oleh kerajaan.

Menerusi laporan berita UKAS, beliau berkata:

“Setiap pembangunan yang dilaksanakan adalah berdasarkan kehendak masyarakat akar umbi.

“Oleh itu, UKAS bukan sekadar menyampaikan maklumat tetapi turut mendekati rakyat untuk mendapatkan maklum balas mengenai keperluan mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis UKAS Bersama Komuniti Semarak Ramadan 2025 di Kampung Awat-Awat hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Sebagai sebahagian daripada program kemasyarakatan, majlis turut menyaksikan penyampaian pelbagai sumbangan termasuk bantuan kepada golongan asnaf, penyerahan pam air kepada wakil sukarelawan Bomba, sumbangan Lembaga Amanah Masjid Sarawak kepada masjid dan surau Kampung Awat-Awat, serta bantuan kepada keluarga mangsa kemalangan menerusi kolobrasi UKAS, PETRONAS dan Pusat Khidmat Bukit Sari.

Selain itu, penduduk kampung turut menyertai pengagihan 1,000 pek bubur lambuk serta solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan