Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nasihat itu sampaikan beliau menerusi satu hantaran di Facebook beliau hari ini sejurus menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Negeri Sarawak. Foto: FB Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Tun Dr Wan Junaidi ajak umat Islam perbanyak tilawah al-Quran

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 14 MAC: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengajak umat Islam terutama rakyat di negeri ini agar memperbanyakkan tilawah al-Quran menjelang hari Nuzul Quran pada 18 Mac ini.

Nasihat itu sampaikan beliau menerusi satu hantaran di Facebook beliau hari ini sejurus menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Negeri Sarawak.

“Dengan Nuzul al-Quran yang semakin hampir, marilah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk memperbanyakkan tilawah al-Quran,” catat hantaran berkenaan.

Beliau turut mengajak umat Islam untuk merenungi makna kitab suci itu, serta menterjemahkan ajarannya dalam kehidupan seharian.

“Bulan Ramadan Al-Mubarak yang sedang kita lalui ini adalah waktu terbaik untuk memperbanyakkan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah,” ujar beliau lagi.

Terdahulu,  solat Jumaat  diimamkan Imam Besar Sarawak,  Sahibul Fadilah Dato’ Ustaz Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Hadir sama,  Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak, Dato’ Sri Julaihi Narawi serta tertamu kenamaan lain.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan