Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuching City FC akan menentang Selangor FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Negeri, Kuching pada 16 Mac 2025. Foto Kuching City (FB)

Tiket percuma Kuching City lawan Selangor FC diedar mulai 14 Mac

BySaibi Gi

KUCHING, 14 Mac: Penyokong yang ingin mendapatkan tiket percuma bagi menyaksikan perlawanan Liga Super antara Kuching City FC dan Selangor FC boleh berbuat demikian mulai pukul 5 petang ini.

Kuching City FC menerusi Facebook rasminya memaklumkan tiket boleh didapati di LSC Wisma Hopoh, LSC Sarawak Plaza, LSC Summer Mall, Capsule Sport Rehab Metrocity dan Uptown Belia N6 Metrocity.

Seorang cuma dibenarkan mengambil lima tiket.

“Tiket pelawat adalah terhad dan akan diagihkan pada hari perlawanan sahaja di kaunter tiket ZON B,” kata hantaran itu.

Perlawanan itu dijadual pada 16 Mac ini di di Stadium Negeri di sini.

“Masuk percuma bertiket ini adalah saranan dari pihak keselamatan untuk mengawal jumlah kemasukan penyokong mengikut kapasiti stadium,” kata Kuching City FC.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan