Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pesara terpaksa berputih mata setelah mengalami kerugian RM2.3 juta apabila terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan. Foto hiasan Envato

Terpedaya dengan pelaburan saham tidak wujud: Pesara rugi RM2.3 juta

ByBernama

JOHOR BAHRU, 14 Mac: Seorang pesara terpaksa berputih mata setelah mengalami kerugian RM2.3 juta apabila terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata polis menerima laporan berkenaan kes penipuan itu daripada seorang lelaki berumur 62 tahun semalam, yang terpengaruh dengan tawaran oleh satu skim pelaburan.

Beliau berkata warga emas itu menerima tawaran berkenaan daripada individu yang tidak dikenali melalui pesanan di aplikasi WhatsApp, sebelum dia dimasukkan ke dalam satu kumpulan ‘chat’, dan diberikan pautan laman sesawang untuk melihat keuntungan serta pengendalian pelaburan.

“Lelaki itu tertarik dengan pelaburan berkenaan setelah dijanjikan keuntungan hingga USD8 juta (kira-kira RM35 juta) dan seterusnya melakukan empat kali transaksi pindahan berjumlah RM2.336 juta ke dalam empat akaun bank tempatan sekitar 27 Nov hingga 4 Mac lepas.

“Warga emas itu sedar ditipu apabila keuntungan yang dikatakan diperolehi gagal dikeluarkan, dan didesak oleh suspek untuk membuat pembayaran lagi bagi tujuan pengeluaran tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

M Kumar berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan