Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Safiee (dua kiri) mengagihkan bubur lambuk kepada salah seorang penduduk kampung dalam Majlis Pelancaran Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS Cawangan Daro, semalam.

SABERKAS Daro sasar agih 8,000 bekas bubur lambuk Ramadan ini

BySuara Sarawak

DARO, 14 Mac: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Daro menyasarkan untuk mengagihkan 8,000 bungkus bubur lambuk kepada masyarakat setempat sepanjang Ramadan tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Daro Safiee Ahmad berkata, agihan ini dilaksanakan menerusi 10 unit SABERKAS yang melibatkan 10 buah kampung di sekitar Daro.

“Sekurang-kurangnya setiap unit mengagihkan 800 bungkus bubur lambuk di kampung masing-masing.

“Kita juga menyediakan jadual pengagihan di setiap kampung menerusi unit SABERKAS,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS Cawangan Daro, di Surau Darul Makmur Kampung Itol, di sini, semalam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan