Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah mengadakan lawatan ke Pusat Hemodialisis MyAngkasa di Jalan Depo di Kuching, hari ini.

RM4.7 juta diperuntukkan di bawah inisiatif BKPBP bagi 2025

ByOdleen Catherny

KUCHING, 14 Mac: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM4.7 juta di bawah inisiatif Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BKPBP) bagi tahun 2025.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata BKPBP bukan sahaja membantu dari aspek klinikal seperti rawatan dialisis tapi turut menawarkan bantuan dari segi kos pengangkutan dan juga bantuan transplan.

Menurutnya, bantuan secara klinikal BKPBP merangkumi bantuan Pemasangan Arteriovenous Fistula (AVF), Rawatan Hemodialisis, Suntikan Erythropoietin (EPO) dan Rawatan Dialisis Peritoneal Berterusan Ambulatori (CAPD).

“Jadi bantuan klinikal iaitu pemasanagan AVF memakan kos maksima sehingga RM3,000 sekali pasang. Kemudian, suntikan EPO yang mana setiap kali suntikan diambil ia akan memakan kos sekitar RM240 maksima,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan ke Pusat Hemodialisis MyAngkasa di Jalan Depo di sini, hari ini.

Menurutnya, rawatan dialisis dengan kos bermula dari RM90 hingga RM250.

Tambah Fatimah tahun ini, seramai 184 pesakit buah pinggang lanjutan dan 17 pesakit baharu layak menerima BKPBP.

Selain BKPBP katanya, kerajaan menerusi kementeriannya juga telah membeli 24 mesin bagi rawatan hemodialisis tahun lepas dan diagihkan kepada hospital-hospital di seluruh Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan