Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gerabak kereta api yang terbakar di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta. Foto Media Sosial

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta

ByBernama

JAKARTA, 14 Mac: Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Suspek, yang dikenali sebagai M ditahan di kawasan Malioboro hanya beberapa jam selepas disyaki menyalakan api menggunakan kadbod dalam satu daripada gerabak, lalu menyebabkan kebakaran merebak.

Pesuruhjaya FX Endriadi dari Direktorat Siasatan Jenayah Polis Yogyakarta mendedahkan bahawa siasatan mendapati kebakaran berpunca daripada kekecewaan suspek yang kerap diusir dari kereta api kerana tidak memiliki tiket sah.

“Suspek kerap dikeluarkan dari kereta api sebelum tiba di destinasi,” katanya yang dipetik oleh MetroTV. Rekod menunjukkan bahawa antara 2023 hingga 2024, dia diarahkan turun dari kereta api sebanyak sembilan kali kerana tidak memiliki tiket.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan keterangan saksi membawa kepada penahanan remaja itu.

Memandangkan remaja berkenaan berstatus orang kurang upaya (OKU) dan tidak boleh bertutur, pihak polis menggunakan khidmat jurubahasa isyarat semasa sesi soal siasat.

Endriadi turut memaklumkan bahawa remaja terbabit dirujuk untuk penilaian psikiatri selama dua minggu.

Insiden kebakaran yang berlaku pada Rabu sekitar 6.44 pagi waktu tempatan berjaya dipadamkan sepenuhnya menjelang 7.30 pagi tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Perkhidmatan kereta api juga tidak terjejas.

Ekoran kejadian itu, operator kereta api PT Kereta Api Indonesia berjanji untuk memperketat kawalan keselamatan serta meneliti isu kebolehcapaian bagi individu kurang upaya dalam pengangkutan awam.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan