Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kereta di Jalan Alor Jambu, di sini malam tadi. Foto hiasan Envato

Penunggang motosikal maut dirempuh kereta

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 14 Mac: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh kereta di Jalan Alor Jambu, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata kejadian berlaku kira-kira 9.15 malam semasa Muhamad Ali, 48, dalam perjalanan dari rumahnya di Padang Kemunting menuju ke Padang Nenas.

Beliau berkata ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta Proton Saga yang dipandu lelaki berusia 22 tahun dipercayai telah melanggar motosikal itu dari belakang, mengakibatkan Muhamad terpelanting dan mengalami kecederaan parah.

Azli berkata penunggang itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

“Pemandu kereta yang merupakan seorang peniaga di bazar Ramadan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sehubungan itu beliau meminta saksi kejadian untuk tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan