Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang nelayan dikhuatiri hilang ketika menangkap ikan di sungai Kampung Sageng, Simunjan. Foto JBPM

Nelayan hilang, hanya bot dijumpai penduduk

SIMUNJAN, 14 Mac: Seorang nelayan dikhuatiri hilang ketika menangkap ikan di sungai Kampung Sageng di sini, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa Hamil Hamdan, 43, keluar menangkap ikan pada jam 11 pagi.

“Ayahnya memberitahu anaknya keluar ke Sungai Sageng untuk menangkap ikan namun sehingga sekarang belum balik ke rumah.

“Hanya bot dan peralatan menangkap ikan dijumpai oleh orang kampung di Sungai Segali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan menerima panggilan berhubung kes itu jam 12.39 tengah hari ini dengan menggerakkan tujuh anggota ke lokasi kejadian.

“Dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari pertama hari ini, operasi dijalankan sepanjang Sungai Batang Sadong dengan anggaran jarak lima kilometer dengan kaedah pencarian di permukaan air tetapi mangsa belum dijumpai.

“Hasil perbincanan bersama pihak PDRM, RELA dan APM, operasi ditangguh pada jam 5 petang ini dan akan disambung esok,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan