Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuching City FC akan menentang Selangor FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Negeri, Kuching pada 16 Mac 2025. Foto Kuching City (FB)

Kuching City sedia robohkan benteng Selangor FC

BySuara Sarawak

KUCHING, 14 Mac: Kuching City FC perlu mengekalkan prestasi cemerlang bagi menewaskan Selangor FC Ahad ini sekali gus mengukuhkan kedudukan dalam kelompok empat teratas Liga Super 2024/2025.

Jurulatih Aidil Sharin Sahak mengakui cabaran sukar menanti menentang The Red Giants, namun yakin sorakan penyokong mampu memberi suntikan semangat buat The Cats memburu kemenangan.

“Kami harap penyokong hadir kerana sorakan mereka mampu meningkatkan semangat pemain dan prestasi pasukan. Perlawanan menentang Selangor FC bukan mudah kerana mereka memiliki barisan pemain berkualiti.

“Kemenangan dalam tiga aksi terakhir menentang Kelantan, Pahang dan Kedah memberi suntikan positif, tetapi kami perlu terus memperbaiki permainan dan mengekalkan konsistensi bagi mengekalkan kedudukan dalam kelompok empat atau lima teratas,” katanya ketika ditemui pemberita.

Mengulas prestasi pasukan di gelanggang sendiri, jurulatih kelahiran Singapura itu berkata The Cats berjaya memberi tekanan kepada KDA FC walaupun lawan menurunkan pemain berpengalaman di babak pertama.

“Kami berjaya mendapatkan gol awal, memberi tekanan sejak separuh masa pertama, dan ia mengubah rentak permainan pada separuh masa kedua. Kami juga membuat beberapa pertukaran pemain sebagai persiapan menghadapi Selangor FC,” katanya.

Selepas 21 perlawanan, Kuching City FC kini di tangga keempat dengan 33 mata, satu mata di hadapan Terengganu FC.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan