KUCHING, 14 Mac: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak hari ini menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama warga kerja di sebuah hotel terkemuka di sini.
Majlis yang dihadiri kira-kira 300 tetamu itu diserikan dengan kehadiran Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi.
Hadir sama, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.
Majlis berbuka puasa itu dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada para pegawai dan kakitangan kementerian serta agensi di bawahnya atas komitmen mereka dalam menyediakan perkhidmatan utiliti dan telekomunikasi yang terbaik kepada rakyat Sarawak.
Majlis dimulakan dengan tazkirah Ramadan sementara menunggu waktu berbuka.
Usai solat maghrib berjemaah, para tetamu menjamu selera. Majlis diteruskan dengan solat isyak dan tarawih berjemaah. – TVS