Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sembilan anggota polis cedera dalam dua insiden letupan bom di daerah Maelan, Wilayah Pattani, Selatan Thailand awal pagi tadi. Foto hiasan Envato

Dua letupan bom di Pattani sebabkan sembilan anggota polis cedera

ByBernama

PATTANI, 14 Mac: Sembilan anggota polis cedera dalam dua insiden letupan bom di daerah Maelan, Wilayah Pattani, Selatan Thailand awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Maelan Kol. Pol. Panya Utapao berkata kejadian pertama sekitar 8.50 pagi waktu tempatan berlaku ketika pasukan polis sedang melakukan kawalan keselamatan di Kampung Pelakprue, Mukim Muang Tia, di sini.

“Ketika kejadian, kumpulan polis itu sedang meronda dengan menaiki tiga motosikal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda. Secara tiba-tiba, satu letupan berlaku dan mencederakan sembilan anggota yang sedang bertugas,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata kira-kira 20 minit selepas itu, satu lagi letupan bom berlaku di tepi jalan berdekatan.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua bom itu dipasang pada tiang elektrik di tepi jalan,” katanya.

Panya memaklumkan bahawa semua anggota polis yang cedera telah dihantar ke Hospital Maelan untuk menerima rawatan, dan keadaan mereka kini dilaporkan stabil.

Menurut beliau, pihak polis sedang giat menjalankan siasatan untuk mengesan dalang yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Sebelum ini, pada 8 Mac, beberapa insiden letupan bom dan tembakan di wilayah Narathiwat dan Pattani telah mengorbankan lima nyawa serta mencederakan 13 individu lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan