Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak mengadakan lawatan kerja ke Tapak Projek Pelabuhan Miri Fasa Satu di sini, hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Daratan ‘tumbuh’ lebih 10 ekar dalam projek Pelabuhan Miri Fasa 1

BySalasiah Safian

MIRI, 14 Mac: Lebih 10 ekar daratan ‘tumbuh’ sejak Projek Pelabuhan Miri Fasa Satu bermula, kata Dato Sri Lee Kim Shin.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak itu daratan tersebut terbentuk dengan proses penambakan semula jadi (self reclamation).

“Apa yang lebih menarik pada pagi ini ialah apabila kita melihat terdapat daratan yang terbentuk di sekitar tapak pembinaan pelabuhan Miri ini. Lebih 10 ekar daratan telah terbentuk. Anda sendiri boleh nampak pantai tersebut. Ia tumbuh sendiri, self reclamation. Jadi apabila channel ini siap nanti, maka akan lebih banyak daratan yang akan terbentuk dengan proses semulajadi,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di tapak Projek Pelabuhan Miri di Kuala Baram di sini, hari ini.

Sementara itu, Kim Shin berkata kemajuan Projek Pelabuhan Miri Fasa Satu telah mencapai lima peratus.

Menurutnya projek itu diijangka dapat siapkan pada penghujung 2026.

Tambah beliau lagi, kementeriannya kini melihat kerjasama yang dapat dijalin bersama pihak Pelabuhan Miri dari aspek keselamatan.

“Jadi kita juga perlu melihat dari segi keselamatan pelayaran di sekitar pelabuhan ini seperti rumah api Kuala Baram. Ia perlu dinaik taraf kerana apabila projek ini selesai kita akan menerima kedatangan kapal yang lebih besar, jadi kawasan ini akan menjadi sangat sibuk,” ujarnya lagi.

Pelabuhan Miri berpotensi untuk menjadi pelabuhan utama yang menghubungkan laluan perdagangan di Utara Sarawak ke pasaran global.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum ini berkata, Pelabuhan Miri juga boleh menjadi laluan permulaan ke Indonesia dan singgah di Miri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan