Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Abdullah Saidol pada Program UKAS Bersama Komuniti Semarak Ramadan 2025 di Sundar, Lawas, hari ini. Foto UKAS

Belanjawan 2025 cermin komitmen kerajaan Sarawak terhadap kesejahteraan rakyat

LAWAS, 14 Mac: Peruntukan RM15.8 bilion dalam Belanjawan Sarawak 2025 adalah manifestasi kesungguhan kerajaan Sarawak untuk menjaga kebajikan rakyat di negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerusi laporan berita UKAS berkata, kerajaan negeri terus komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat melalui dasar dan pembangunan holistik yang merangkumi pelbagai sektor.

Menurut beliau, Belanjawan Sarawak pada tahun ini merupakan yang terbesar dalam sejarah negeri, membolehkan perancangan negeri dibuat dengan teliti untuk manfaat seluruh rakyat termasuk di kawasan luar bandar.

“Tidak ada negeri lain yang seperti Sarawak kerana kita kuat dan mempunyai kestabilan politik.

“Ini membolehkan kita merancang dengan teliti serta mengambil kira pandangan seluruh masyarakat di negeri ini,” katanya semasa berucap dalam Program UKAS Bersama Komuniti Semarak Ramadan 2025 di Sundar, Lawas, hari ini.

Awang Tengah berkata belanjawan yang diluluskan itu akan memastikan golongan B40 dan M40 tidak terpinggir, dengan peruntukan lebih RM450 juta melalui Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi membolehkan kira-kira 850,000 rakyat Sarawak membeli barangan keperluan daripada kedai berdaftar di bawah SKAS.

Sementara itu, beliau turut memuji program UKAS Bersama Komuniti Semarak Ramadan 2025 yang menurutnya menjadi platform penting dalam menyampaikan maklumat dasar kerajaan kepada masyarakat secara jelas dan telus.

Dalam konteks Ramadan, beliau turut mengingatkan bahawa bulan suci ini bukan sekadar masa untuk meningkatkan keimanan dan amal ibadat, tetapi juga waktu untuk memperkukuhkan perpaduan serta semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol, Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, ADUN Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang, Pengarah UKAS Awang Putrayusrie Awang Redzuan dan Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Datu Ubaidillah Abdul Latif.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan