Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengambil langkah penyelesaian sementara bagi memastikan bekalan beras tempatan mencukupi untuk pengguna. Foto hiasan Envato

Bekalan beras putih tempatan tersedia di pasar raya seluruh negara – Mohamad

ByBernama

KOTA BHARU, 14 Mac: Bekalan beras putih tempatan (BPT) kini tersedia di pasar raya di seluruh negara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengambil langkah penyelesaian sementara bagi memastikan bekalan beras tempatan mencukupi untuk pengguna.

“Bekalan beras tempatan sudah berada dalam pasaran dan terkawal mengikut jadual.

“Masalah bekalan makanan di dunia ini tidak akan selesai sampai bila-bila, tetapi ini adalah penyelesaian sementara yang kita laksanakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis iftar bersama warga KPKM Inc di sini hari ini.

Pada 1 Mac lepas, KPKM memaklumkan Pasukan Petugas Khas Bersepadu Operasi BPT mendapati punca kekurangan bekalan disebabkan oleh masalah struktur harga belian padi, kos pengeluaran dan harga siling BPT.

Selain itu, kementerian berkenaan memaklumkan ia juga disebabkan oleh tiada peruntukan khusus mengenai larangan percampuran beras dalam Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).

Pada 3 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan KPKM untuk menyegerakan usaha pemulihan bekalan BPT di pasaran.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah dilapor berkata Perdana Menteri juga mengarahkan KPKM supaya memaklumkan perkembangan berkaitan pemulihan bekalan BPT secara berkala kepada rakyat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan