Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasrat untuk melihat beregu lelaki negara terus bersaing di All England lebur selepas gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terkandas di pusingan kedua di Birmingham, pada Khamis. Foto fail AFP

All England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Hasrat untuk melihat beregu lelaki negara terus bersaing di All England lebur selepas gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terkandas di pusingan kedua di Birmingham, pada Khamis.

Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan 16-21, 13-21 di Utilita Arena Birmingham.

Pasangan kedua dunia itu mengalami nasib sama seperti lima gandingan Malaysia termasuk bekas juara dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun, yang tersingkir seawal pusingan pertama.

Harapan Malaysia kini terletak pada dua pasangan beregu lagi iaitu gandingan wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah dan beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang meneruskan perjuangan di kejohanan badminton tertua di dunia itu.

Pearly-Thinaah yang diletakkan sebagai pilihan kelima akan bertemu pilihan ketiga dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida manakala pilihan utama, Soon Huat-Shevon dijadualkan berdepan pasangan China Jiang Zhen Bang-Huang Dong Ping di suku akhir hari ini.

Pearly-Thinaah sebelum itu menyingkirkan pasangan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti 21-16, 21-14.

Soon Huat-Shevon pula membuktikan kehebatan mereka apabila mengambil masa 25 minit sebelum menewaskan pasangan Scotland Alexander Dunn-Julie MacPherson 21-9, 21-10. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan