Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada €3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024. Foto Porsche

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China dan peningkatan kos

ByBernama

STUTTGART, 13 Mac: Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada €3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Penurunan itu disebabkan prestasi perniagaan yang lemah di China serta kos tinggi bagi menyuntik nafas baharu ke atas  barisan modelnya, kata syarikat yang berpangkalan di Stuttgart itu dalam laporan tahunan pada Rabu.

Jenama ikonik itu pada Februari lepas mengumumkan penyusunan semula lembaga eksekutifnya, yang menyaksikan pengunduran Ketua Pegawai Kewangan yang telah lama berkhidmat, Lutz Meschke, dan Ketua Pegawai Jualan Detlev von Platen.

Porsche, yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Volkswagen, turut mengumumkan perubahan strategi dengan meningkatkan pelaburan dalam enjin pembakaran dalam dan hibrid “plug-in”. Selain itu, sekitar 1,900 pekerjaan akan dikurangkan menjelang 2029.

Penghantaran kenderaan Porsche turun tiga peratus kepada kira-kira 310,700 unit pada 2024, dengan kejatuhan ketara sebanyak 28 peratus di China. Hasil jualan susut 1.1 peratus kepada lebih €40 bilion, manakala keuntungan operasi merosot hampir 23 peratus kepada €5.64 bilion.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan