Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tunku Mahkota Ismail berkata pengurusan Kuching City sentiasa memastikan pembayaran gaji pemain dan pegawai pasukan tidak terjejas. Foto JOHOR Southern Tigers

Tunku Mahkota Ismail puji pengurusan Kuching City FC

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 13 Mac: Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail memuji pengurusan Kuching City FC atas pengurusan yang cekap dan komitmen mereka dalam membangunkan kelab.

Menurut Tunku Mahkota Ismail, walaupun Kuching City FC merupakan sebuah pasukan kecil dengan bajet yang terhad, mereka tetap menunjukkan kestabilan kewangan, termasuk memastikan pembayaran gaji pemain dan pegawai pasukan tidak terjejas.

“Kuching City FC adalah pasukan kecil, mereka tidak mempunyai bajet besar, tetapi gaji pemain dan pegawai tidak pernah tersangkut.

“Saya juga mendengar bahawa mereka sedang merancang untuk membina pusat latihan sendiri. Jadi, saya beri kredit kepada pasukan Kuching atas kesungguhan mereka,” katanya.

Baginda berkata demikian pada sesi soal jawab bersama penyokong ketika mengulas mengenai kegagalan sebahagian pasukan dalam saingan Liga Malaysia yang tidak diurus dengan baik, sehingga menjejaskan prestasi dan kebajikan pemain.

Kuching City sebelum ini dikenali sebagai kelab yang memiliki struktur pengurusan yang stabil serta perancangan jangka panjang yang jelas.

Penghargaan daripada TMJ ini sekali gus memperlihatkan bahawa kelab yang diurus dengan baik, walaupun tanpa sumber kewangan yang besar masih mampu berkembang dan berdaya saing dalam arena bola sepak Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan