Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Foto hiasan Envato

Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, selatan Semenanjung bermula Selasa

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara bermula Isnin (17 Mac).

Beliau berkata keadaan itu berpotensi menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta hujan berterusan di lokasi tersebut.

“Amaran hujan berterusan akan dikeluarkan sebaik sahaja output model-model ramalan cuaca mencapai tahap keyakinan yang tinggi,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihati orang awam untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan