Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail Bernama

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat

ByBernama

SHAH ALAM, 13 Mac: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata mangsa yang keluar dari rumah pada 8 pagi, Ahad telah menaiki bas di Seksyen 20 ke stesen bas di Bukit Jalil.

“Mangsa yang tiada hala tuju menumpang tidur di Surau Darul Bukit Jalil untuk dua malam sebelum mengambil keputusan ke rumah kawan lelakinya yang dikenali melalui Facebook, di Kuala Terengganu dengan menaiki bas.

“Setelah sampai di Terengganu, kawan mangsa terus menghubungi keluarga remaja itu memberitahu mangsa telah sampai di Kuala Terengganu berikutan ahli keluarganya ada memaklumkan mangsa telah lari dari rumah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata keluarga kawan mangsa kemudiannya terus membawa remaja itu ke Balai Polis Kuala Terengganu untuk membuat laporan polis dan siasatan lanjut mendapati mangsa keluar dari rumah kerana merajuk selepas dimarahi oleh ibu bapanya.

“Pada 5.11 petang tadi, ahli keluarga mangsa telah tiba mengambil mangsa di Kuala Terengganu dalam keadaan selamat untuk pulang ke Shah Alam,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan