Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dalam laporan pasaran minyak bulanannya yang dikeluarkan pada Rabu, OPEC menjangkakan peningkatan dalam permintaan minyak global. Foto hiasan Dalam laporan pasaran minyak bulanannya yang dikeluarkan pada Rabu, OPEC menjangkakan peningkatan dalam permintaan minyak global. Foto hiasan Envato

Ramalan permintaan minyak global tidak berubah untuk 2025, 2026 – OPEC

ByBernama

VIENNA, 13 Mac: Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengumumkan bahawa ramalan sebelumnya untuk pertumbuhan permintaan minyak global pada 2025 dan 2026 kekal tidak berubah, lapor Xinhua.

Dalam laporan pasaran minyak bulanannya yang dikeluarkan pada Rabu, OPEC menjangkakan peningkatan dalam permintaan minyak global. Ia menganggarkan peningkatan sebanyak 1.45 juta tong sehari (bpd) pada 2025 dan pertumbuhan yang kukuh sebanyak 1.43 juta bpd pada 2026, kedua-duanya tidak berubah daripada penilaian bulan lepas.

“Jumlah permintaan minyak dunia dijangka purata 105.2 juta bpd pada 2025, disokong oleh permintaan perjalanan udara yang kukuh dan mobiliti jalan raya yang sihat, serta aktiviti perindustrian, pembinaan dan pertanian yang sihat di negara-negara bukan OECD (Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi),” kata OPEC.

Pertubuhan itu juga membiarkan unjuran pertumbuhan ekonomi globalnya untuk 2025 dan 2026 tidak berubah, meramalkan pengembangan 3.1 peratus tahun ini dan 3.2 peratus pada tahun berikutnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan