Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
LAWATAN... Timbalan Pengurus Besar PUSAKA, Hajah Haluyah Awi (tengah) menyampaikan cenderamata semasa kunjungan delegasi Jawatankuasa SmartGreen Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) di Ibu Pejabat PUSAKA.

PUSAKA perkasa teknologi hijau: Komitmen menuju kelestarian alam

BySuara Sarawak

KUCHING, 13 Mac: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) komited dalam usaha menerapkan penggunaan teknologi hijau bagi menjaga kelestarian alam sekitar.

Timbalan Pengurus Besar PUSAKA, Haluyah Awi, berkata usaha ini sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan Global (SDG) dan aspirasi Sarawak melalui Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030.

Menurutnya, langkah ini memastikan Sarawak kekal sebagai negeri hijau.

“Sebagai langkah awal, semua pihak memainkan peranan penting dalam menerokai peluang kolaborasi dalam bidang penyelidikan dan inovasi hijau, seperti pembangunan produk berasaskan buluh dan kayu lestari.

“Selain itu, program pendidikan seperti bengkel dan latihan industri juga boleh dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan pelajar tentang amalan terbaik dalam pengurusan sumber semula jadi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam lawatan muhibah Jawatankuasa SmartGreen Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) ke Ibu Pejabat PUSAKA, hari ini.

Tegasnya, kerjasama daripada pelbagai pihak diyakini mampu melahirkan generasi muda yang lebih peka dan cekap terhadap isu alam sekitar dengan menggunakan teknologi hijau.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pengurusan merangkap Penasihat Jawatankuasa SmartGreen KKMG, Munirah Yahya, berharap pihaknya dapat melaksanakan lebih banyak kolaborasi bersama PUSAKA ke arah kelestarian dan pemeliharaan alam sekitar.

“Banyak perkara baharu dapat dipelajari daripada PUSAKA, antaranya inisiatif ke arah kelestarian alam sekitar serta amalan mesra alam.

“Selain itu, inisiatif penanaman buluh sebagai sumber alternatif bahan mentah juga dapat membantu mengurangkan kebergantungan kepada kayu daripada hutan semula jadi,” jelasnya.

Tambahnya, KKMG berminat untuk meneroka peluang bagi melaksanakan aktiviti penanaman buluh bersama PUSAKA ke arah pembangunan teknologi hijau pada masa akan datang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan